Friday, August 30, 2013

Tuan-Tuan Guru dan Para Ulama’

Tuan-Tuan Guru dan Para Ulama’

Assalamualaikum sahabat2 kawan2.kaifa haluka?harapnya sumenya sihat walafiat alhamdulilah yea.Lama sungguh xupdate blog fuhhhh dah berhabuk agaknya tapi nsib baik xwujud habuk lam blog ahakss…so entry tuk kali ni sal tuan guru,murabbi,para ulama ASWJ.

Apa itu ASWJ???emmm gapo dia tu eh…ASWJ tu maknanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.eh gapo dia lak ahli sunnah wal jamaah nie….tadi shotform ASWJ pastu ni ahli sunnah wal jamaah lak..banyok bebenor…sabiaaqq,nk explainla nie hehee(lau de salah,harap ditegur yea.menerima teguran secara terbuka)…
Taraaaaaa bawah ni mksd ASWJ yea :

“Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.”( http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0)

Selebihnya korang2 lehla rujuk pada ustaz mahupun ustazah yang lebih arif.kawe baru nk blajor bab2 nie,masih mencari ilmu nie.yang saya paham n tahu,kita umat islam perlu percaya dan pegang pada prinsip ASWJ dalam diri kita,jangan terpesong pada yang lain.(sahabat2 tahu kan)…Ok,tutup cte ni sat.xnk expose lebih sgt..dalam ni sebenarnya saya nk cte lain..

Dalam facebook,banyak saya add fb2 pondok2,ustaz2 yang saya yakin dan percaya.sume ni untuk sy menuntut ilmu dengan diorang walaupun secara online,walaupun kenal hanya dalam alam maya dan bertanyakan soalan hanya dalam teknologi..sekurangnya kita de usaha untuk mengenal n menjejak diorang.Niat dalam Hati ana teringin teramat sangat pergi ke pondok3 yang ada,ziarah2 murabbi2 walaupun ana xbape tahu asal usul murabbi mahupun tuan2 guru yang kita ada.tapi tuk capai niat ati tu ana sendiri pun xtahu samada tercapai mahupun tidak,hanya mampu bedoa permudahkan urusan ana tuk laksanakan apa yang ana impikan.
Terlupa lak nak habaq murabbi tu pe hehehe maaf yea..
“Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”.”( http://ms.wikipedia.org/wiki/Murabbi)

Ada satu tempat ni ana nak sangat pergi lawat.salah satunya pondok sik(Tuan Guru Haji Salleh),Mahad Darul Hadis(Sheikh Mohd Zaiul Asri Romli) dan satu lagi Pondok Ledang(Johor, Syeikh Ibrahim al-Banjari).Walaupun ana xknl murabbi2 nie secara depan mata,tapi tiap kali tgk wajah mereka,AllahuAkhbar Allah je tahu cmne perasaan ana nie.membuak2 nk sgt pergi jumpa mereka,dengar kuliah2 mereka,tausiah2 mereka..Mungkin satu ari nanti bila bepeluang walaupun sekali,ana pasti akan usaha sungguh2 tuk g tempat2 nie.
Alhamdulilah jugak di Kedah ni de program Lantunan Marhabah Rasulullah dan Alhamdulilah jugak ana berpeluang ikut program yang qasidah dengan Sheikh Mohd Zainul Asri dan Mahad Darul Hadis bersama Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Jindan dan muslimin dan muslimat yang datang.Bersyukur teramat sangat dapat peluang ni n ase nikmat qasidah beramai2 tu cmne dan dgr tausiyah ulama dan murabbi.Cumanya telepas peluang tuk ikut sama dengan Lantunan Marhabah yang lepas de Sheikh Nuruddin dan Sheikh Ibrahim(Pondok Ledang)..Sejuk ati tenang ati jiwa bila hadir majlis2 cmtu.Mudahan Allah bagi peluang lagi tuk ikut program gtu lagi,InsyaAllah..
Ada yang Tanya nape minat sangat dengan Sheikh Nuruddin(kenal kan?).sebabnya ana minat dengan Sheikh Nuruddin ni ialah kuliah2 yang belliau bagi tu kebanyakkannya tersirat maksudnya bagi ana,beliau jugak de prinsipnya,contohnya masa beliau bagi kuliah mahupun mengajar,beliau paling xsuka muslimin ataupun muslimat mengantuk masa beliau bagi kuliah dan sebolehnya pakai serba putih ketika beliau bagi kuliah.Mula ana tertarik dgn kuliahnya dalam TvAlhijrah program Cinta Ilmu bersama Sheikh Nuruddin,setiap ari kamis jumaat 6.15 petang.kompim2 time tu sharp 6.15 tepacak depan tv tuk dengar kuliahnya walaupun hanya dalam tv.Memula ana xselesa dengan program tu,sebabnya ana pun xtau huhu maaf yea.tapi makin lama ana tengok,makin tarik minat ana tuk terus tengok program tu.banyak ilmu ana xtau akhirnya ana tahu jugak serba sikit melalui tengok program tesebut.Dan Alhamdulilah gak ana dapat ikut dengar kuliah magrib isyak depan2 secara live di kawasan negeri ana..Terima kasih Ya Allah sekali lagi bagi peluang nie.ana cm xcaye ana dapat dengar secara live kuliah beliau….




                                                    Sheikh Mohd Zaiul Asri Romli                                              


Ahlul Bait Habib Ali al-Jufri..



Syeikh Ibrahim al-Banjari,Pondok Ledang

Bagi ana,walaupun ana xtau xkenal murabbi2 nie secara dekat tapi ati ana teramat sangat nak ikut program2 mereka jika ana mampu dan diizinkan.Bagi ana,menuntut ilmu mendengar kuliah nie,selagi kita mampu kita boleh,ikutlah pergilah setiap tempat tuk kita dapatkan ilmu nie.Mudahan ana jugak dapat wat ginie insyaALLAH…