"Masa itu Emas,Masa itu Permata.Masa amat teramat penting dalam kehidupan kita."Mcm yang kita tahu masa ni penting sangat bagi rakyat jepun,bagi diorang lau lambaat sesaat tu umpama diorang wat jenayah dalam kehidupan diorang.tapi di Malaysia??jeng2 renungkan selamat beramal hahaha..
Orait,ni pun nak cte masa punctual ke pe tau,nak sembang bab tu mungkin sensitip sikit n xsesuai sebab diri sndri pun bukanlah sesempurna mana pun..Masa yang dimaksudkan dalam ni isssss perubahan masa dalam kehidupan.
Bila duk sesorang mula lah renung balik diri skung dan dulu..xpenah jemu nak renung balik perbuatan skung n dlu.terkadang mula pikir napelah dulu ku x mcm skung,napelah dulu xpenah sedar diri pun..ase rugi sangat masa buang gtu je.hmmm AllahuAkhbar,boleh menangis selalu bila direnungkan teringatkan kisah lalu.cara ni la barulah nak slow2 bangun balik tesedar balik apa yang diri sendiri dah wat yang sedar mahupun xsedar.
YaAllah,maafkan hambaMu ni YaAllah,Ampunkan dosa2 dahulu ku dulu YaAllah..Betapa jahilnya diri sebelum sampai xingat agama sampai lupa betapa pentingnya jaga pahala kedua orang tua sndiri.Allah Allah Allah...Maafkan aku Ya Allah...
Alhamdulilah hidayah diberi dan tanpa ase menyesal untuk berubah.Betapa indahnya perubahan tu ada dalam diri sendiri,barulah sedar betapa seronoknya betapa tenangnya diri sndri bila dah lakukan perubahan.juz ingat kata kawan " bila dah terasa nak berubah,teruslah berubah tanpa tangguh sesungguhnya hidayah yang datang xperlu ditangguh ataupun disimpan.Diri sndri kena cari hidayah perubahan".Terima Kasih kawan atas nasihatmu,Alhamdulillah...dan Alhamdulilah petengahan bulan 10 secara pelan2 mulalah sikit demi sikit dibaiki tanpa buang masa lagi.dikatakan xnk tuk kali kedua menyesal.Akhirnya awal bulan 12 mulalah menutup aurat mengikut agama suruhkan dan wajibkan..
Bila dikenangkan dulu,xpenah pun teserempak mahupun kerap betembung ngn orang2 yang berilmu agama yang tinggi,xpenah pun kenal ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah,xpenah pun nak mik kisah.tapi bila dah berubah ni,sikit demi sikit nampak semuanya.Terima Kasih YaAllah sebab bagi peluang ni,Terima Kasih YaAllah...Andai masa boleh diulang boleh dipatah balikkan,kompim xkan sia-sia menda ginie..
Yang dulu xpenah ase nak betegur orang,tapi skung dah jumpa balik kekawan yang sama2 berubah..
Orang kata biarlah masa yang dulu tu ditanam dalam tanah dicampak jejauh.Hargai Masa yang ada skkung ni..yeay insyaAllah akan menghargai masa yang skung sebaiik mungkin..
Alhamdulilah Terima Kasih Ya Allah bagi peluang kedua untuk semua ni..
Allahuma Solli A'la Saiyidina Muhammadin Wa'ala Allihi Wasobihi Wasalim.
Tuesday, October 8, 2013
Saturday, October 5, 2013
Qiamulail
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)
Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
- Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
- Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
- Dapat muhasabah kekuatan diri
- Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
- Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurgadengan selamat”. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata:“Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yangakhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:“Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”. (Al-Tibrani)
DOA QIAMULAIL
.
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
- Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
- Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
.
.
FADILAT QIAMULAIL
- sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.
- memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
- Saat mustajab doa dikabulkan Allah.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
- Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
- Membawa kesan iman yang mendalam,
.
.
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW. itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia2), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
والسلام
Rujukan :
Friday, October 4, 2013
Bertudung labuh hinggalah ke peringkat berpurdah
Assalammualaikkum sahabat-sahabat.syukur alhamdulilah masih diberi peluang tuk benafas serta perbaiki diri didunia ni.Terima kasih Ya Allah..today nak mengepost lagi sebelum final exam kan eheh.dengan menulis ni leh gak hilang stress serba sikit dong..cewahhhh
Alrite,cm yang sume tahu tudung labuh ni sesiapa je layak tuk memakainya terutamanya muslimat yea,muslimin jgn gatai pakai lak heheh jd kot len nt nye heheeh..tutuplah auratmu selagi kamu masih bernafas,labuhkanlah tudungmu menutupi dadamu,sempurnakanlah pakaianmu sepertimana dalam agama landaskan.Pakailah pakaian yang longgar lagi labuh,pakailah pakaian yang tebal dan bukan jarang,pakailah handsock dan stokin kerana lengan dan kaki juga merupakan aurat pada seorang wanita.aurat wanita yang tinggal hanya tapak tangan dan muka sahaja wahai muslimat..sama-sama ingatkan yea kawan-kawan.
Cam sebelum ni de post sal pengalaman berhijrah,kwn-kawan leh baca balik nape ana bertudung labuh.Lepas bertudung labuh,ana masih ase xpuas dan ase masih xmampu nk kawal pandangan mata ana terhadap org terutamanya pada kaum Adam.bagi ana,mungkin tu normal sebab mata kita pun nak tengok jugak kot mana pun tul x..Satu hari tu ana kua pekan n g kedai jualan tudung labuh,tetiba ana tepandang niqob dan purdah kat patung tu.Allahu,ana tebayang muka ana sekiranya ana pakai purdah mahupun niqob.tapi ana xbeli lagi masa ttu.seterusnya dan seterusnya ana kerap g kedai tu tuk beli tudung kain koshibo dan akhirnya tegerak hati ana tuk beli purdah,Alhamdulilah terima kasih YaAllah gerakkan ati ni tuk capai purdah tu.Sampai je kat umah terus masuk bilik,kunci bilik then apa lagi cam biasa kaum hawa wat mestilh tengok balik barang yang dishopingkan..menda first yang ana tengok is Purdah.ana pakai dan tengok depan cermin,terasa malu pada diri sendiri nape dari dulu ana xde niat cmnie,Allah,dah banyak sangat masa yang ana sengaja rugikan dengan menda lagha.Maafkan hambaMu ni Ya Allah kerana lambat tuk sedar diri tentang kejahilan diri..Ana pakai secara pelan2 tapi bukanlah setiap masa ana pakai.mungkin ana masih dalam proses tuk memakai..Ana mula cari bahan cara tuk makan ketika purdah,cara minum ketika berpurdah dan akhirnya ana ase sendiri sume tu masa keluar,ternyata bukanlah semudah yang disangka.Perkara biasa lau purdah tu kotor kena makanann yang kita nak makan,almaklumlah kita xleh nak taget makanan tu msuk dengan betul ke x lam mulut kita..semua tu dalam proses lagi..Ana sebenarnya berpurdah mula dengan sesuka je akhirnya selesa dan suka bila berpurdah.Terus terang ana cakap bila ana berpurdah,ana leh jaga pandangan mata ana terhadap kaum Adam,contohnya secara automatik ana akan tunduk pandangan mata ana bila tenapak kaum adam.Bukan tu je,bila ana travel ana berpudah,ana ase diri ana selamat dan terlindung.sebab pe ana cakap gitu?ada pengalaman sorang lelaki duduk sebelah ana dalam bus,secara automatiknya laki tersebut jaga adabnya jaga cara duduknya supaya xtekena ana,yea memang orang akan tengok kaum wanita yang berpurdah sebabnya bagi mereka kita lain.setiap pandangan orang berbeza.cumanya bila berpurddah ni de sesetengah orang anggap sombong disebabkan xnapak kita senyum kat diorang.hakikatnya sebalik kain purdah kami ssenyum wahai kawan-kawan,cumanya kawan-kawan xnapak.senyum kan sedekah senyum pun ibadah jugak kan kawan..
asenya yang ni je ana nk kongsikan.Takde sesape pun yang suh ana berpurdah,melainkan diri ana sendri yang mula dari hanya sesuka je tuk cuba akhirnya pakai juga walaupun masih dalam proses.
Berpurdah Bertudung Labuh bukanlah tuk Pelajar Mahad Agama mahupun ustazah tapi tu semua kaum Hawa.Semuanya layak tuk berpakaian gitu..Jangan pernah ada pebezaan tentang pakaian muslimah yea kawan-kawan.
Semoga ana dan kawan-kawan istiqomah dalam perubahan diri...
Kelebihan wanita berpurdah..:

1. Allah swt tingkatkan nur wajah 13 x ganda dari wajah asli.
2. Di akhirat Allah swt akan tingkatkan kecantikannya 70 x ganda dari kecantikan bidadari La aiba. Seorang bidadari yang Allah swt ciptakan dengan tangan-Nya sendiri
3. Di surga ada pasar hari Jum`at, orang semua pergi menjumpai Allah swt, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah swt lagsung ke kamar- kamarnya.
semoga ni menjadi pendorong dan kekuatan tuk kita...
Subscribe to:
Posts (Atom)