Saturday, August 16, 2014

Tahjud.Nikmatnya Tahjud.Nikmatnya berhubung dgn Allah

Solat Tahajjud adalah solat sunah yang dilakukan pada malam hari setelah tidur terlebih dahulu, kerana erti Tahajjud adalah bangun pada malam hari.Afdhalnya solat Tahajjud dilakukan pada sepertiga malam yang akhir yaitu kira-kita mulai jam 1.00 malam sampai menjelang masuk waktu shubuh berdasarkan hadits Nabi:"Perintah Allah turun ke langit diwaktu tinggal sepertiga yang akhir dari waktu malam, lalu berseru, adakah orang-orang yang memohon ( berdoa ) pasti akan kukabulkan, adakah orang yang meminta, pasti akan kuberikan dan adakah yang mengharap ampunan, pasti akan kuampuni baginya sampai tiba waktu shubuh"(al  Hadits)

Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Namun,tak sume di antara kita yang mampu bangun tuk tahjud dan berdating dengan Allah pada waktu malam.satu dalam sejuta bak kata orang zaman moden.Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Ada yang tgk tv sampai larut malam,akhirnya berat mata tuk bangun malam.
Tahjud jugak sebenarnya ubat segala ubat untuk diri kita terutamanya kita ase down duka lara bagai sume.masa itulah kita akan tersentap terpikir apa yang dah ku tinggal,sedar2 tahjud rupanya yang dah ttgl walaupun sehari..badan kita perlukan ubat doktor tapi diri kita rohani kita hakikatnya perlukan ubat rohanian kita iaitu ibadah.Biarlah penat cmne skalipun,tahjudlah sebentar,bersendirian ketika itu mampu wat hati kamu sayu sedih tekenang dan tika itu jugaklah kamu berasa dekat dengan Allah dan insyaAllah mendapat ketenangan dariNya.
Ada cara-cara yang blh wat kita bangun tahjud malam.Antaranya tidur awal pada waktu malam,kurangkan ambil makanan yang banyak sebelum tidur dan antaranya org tua2 selalu kata minum bebanyak pada waktu malam knfirm bangun so leh tahjud terus :)

9 kelebihan bertahajud..

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail.

Rasulullah s.a.w. bersabda, sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:
1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana
Empat ketika di akhirat:
1. Di pimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Di ringan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Tidurlah secukupnya,selawatlah berzikirlah sehingga matamu lelap,niat dalam hati tuk bertahjud ini salah satu tips untuk mudah bangun tahjud.
Sesungguhnya orang yang kuat imannya akan rasa rugi besar kalau dia tetinggal satu malam tuk tahjud,umpama dia melakukan dosa besar.
masa solat tahjud inilah kita nak berhubung dengan Allah sebetulnya berduaan dengan Allah.Doalah bebanyak ketika ini,insyaAllah makbulkan olehNya sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Penyayang dan Pemurah..

Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad ^_^